Friday, April 17, 2009

Kerabat Raja dan Carslberg




Eksklusif: Kontroversi, Kerabat DiRaja Dan Tokoh Korporat Malaysia Terlibat Sebagai Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Arak Terbesar Iaitu Carlsberg !http://pahangdaily.blogspot..com/2009/04/eksklusif-gempar-kerabat-raja-dan-tokoh.html

Ini satu lagi berita yang sungguh mengejutkan di negara Islam hadhari seperti Malaysia ini. Sama ada ia disedari atau pun tidak, sengaja atau pun tidak atau memang sudah tidak dapat dielakkan ternyata berita ini amat memalukan dan tidak wajar berlaku di negara kita yang kononnya sebuah negara Islam. Ia berikutan, terdapat laporan dan bukti tentang pembabitan beberapa orang pembesar negara dan keraba di raja menjadi ahli lembaga sebuah kilang arak terbesar di Malaysia iaitu Carlsberg Brewery Malaysia Berhad. Kerabat diraja yang dimaksudkan ialah Y.A.M. Tunku Naquiyuddin ibni Tuanku Ja’afar, Manakala tokoh korporat berkenaan pula ialah Jen.(B) Tan Sri Dato’ Mohd. Ghazali bin Dato’ Mohd. Seth (Bekas Jeneral Angkatan Tentera Malaysia) dan Tan Sri Datuk Asmat bin Kamaludin (Tokoh Koporat dan Pengarah Scomi Berhad).

Tambah mengejutkan bila nama Y.A.M Tunku Naquiyuddin juga termasuk dalam senarai tiga orang senarai mereka yang akan ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang baru sebelum ini. Mujurlah yang terpilih akhirnya adalah Duli Tuanku Mukhriz yang memang tepat sekali pilihan baginda sebagai Raja dan Yang Di Pertuan Besar Negri Sembilan, Bumi Adat di Semenanjung Tanah Melayu ini. Jikalah tersalah keputusan Undang Undang Negeri menabalkan Naqiyudin sebagai Yang Di Pertuan Besar, maka silap haribulan negara kita Malaysia ini kelak akan mempunyai seorang Yang Di Pertuan Agong yang juga "Tauke Kilang Arak". Sebagai bukti berkenaan dengan perkara ini sila klik sini http://announcements.bursamalaysia.com/EDMS/hsubweb.nsf/1c0706d8c060912d48256c6f0017b41c/48256aaf0027302c48256b8b0036a2a5/$FILE/Carlsbg-Products-CorpInfo-DirectorsProfile%20%28725KB%29.pdf untuk mengenali Pengarah pengarah Syarikat arak Carlsberg Brewery Malaysia Berhad atau klik sini http://www.reuters.com/finance/stocks/companyOfficers?symbol=CBMS.KL&viewId=bio untuk laporan eksklusif oleh Reuter.

[Kami sungguh terkejut dengan maklumat terbaru yang dipetik dari blog ini . Sebelum ini memang kita sudah mendengar berita ini, namun tiada bukti-bukti yang kukuh untuk mengaitkan penglibatan orang Melayu Islam dalam syarikat arak terbabit. Dengan bukti kukuh ini bermakna, punahlah sudah nama "Islam Hadhari" yang dilaung-laungkan selama ini. Justeru itulah kita tidak hairan kenapa ramai remaja Melayu yang rosak dan punah akhlaknya bila mereka dibiarkan berpeleseran di pub-pub, disko-disko, bar & bistro, lounge dan pusat-pusat hiburan yang tubuh bagaikan cendawan di seluruh negara. Semua ini menyajikan "air syaitan" itu sebagai minuman "ruji" mereka. Soalnya sekarang, jika kerajaan bertegas mengatakan Malaysia ini adalah negara Islam, kenapakah gejala seperti ini gagal dibenteras oleh pihak berkuasa?. Kenapa ada kompromi bila umat Islam dibiarkan rosak Iman dan Akidah mereka? Apakah ini namanya Islam Hadhari yang dilaung-laungkan selama ini?. Bangunlah wahai pemimpin Melayu Islam dalam UMNO dan Barisan Nasional?. Ingatlah, kamu akan disoal oleh Allah SWT di akhirat kelak. Apakah ini namanya Khalifah di bumi Malaysia yang tercinta ini. Buat rakyat Negeri Sembilan, mujurlah pemilihan yang dibuat untuk melantik Yang DiPertuan Besar memihak kepada Tuanku Mukhriz, jika tidak apa akan jadi agaknya].

YANG BERWAJIB SEPERTI PARA ULAMAK2 & MUFTI2 YG DI BAYAR GAJI & ELAUN HASIL DARI CUKAI2 BENDA2 HARAM JADAH NI KIRA OKEY KA? HALAL AL TOYIBA KA? ATAU HALAL AL THOSHIBA SAJA KOT? BERKAT DUIT GAJI YG HANGPA SEMUA DAFAT? DUIT RINGGIT YG HANGPA DOK SARA BAGI MAKAN ANAK BINI HANGPA TU KIRA BERKAT KA? MEMBAWA BARAKHAH KA? WAHAI PARA ALIM LAGI ULAMAK SERTA USTAZ & USTAZAH JUGA PARA IMAM & MUFTI2 SEKALIAN? KAF BA RA KAF ALIF TA NUN ...ALHAMDULILLAH SYUKURRR NIKMAT ... ITU REZEKI YG TUHAN BERI .... KIRA HALAL SANGAT LAH TU KAN? KAN? KAN? YA! SHEIKH! ... YA! MAULANA! ... YA! USTAZ! ... YA! MUFTI!... YA! IMAM! ... YA! ULAMAK (ke ULAR MAMAK atau ULARDALAMSEMAK? yg dibayar dgn wang yg tak disamak - bolehkah kalau wang haram tu di samak? boleh kot? - patut depa terima - lepaih depa samak duit tu kira dah jadi HALAL lah tu kan? kan?) .... YA! HABIBI ...YA! USTAZAH YA! MASHITOH! YA! BAHAYAH!....ZARURAT JUGAK TENTANG MAKAN UPAHAN GAJI DGN HASIL PUNGUTAN DARI DUIT PUNGUTAN CUKAI2 ARAK & JUDI DI NEGARA KITA NI? ASAL ZARURAT KIRA OKEY LAH NUUUU???? SYUKURRRRR...ALHAMDULILLAH...REZEKILAH NAK DIKATAKAN.

sumber:http://margeemar.blogspot.com/2009/04/arak-carlsberg-bukan-ayaq-setan-syaitan.html

No comments: